Ikuti kami

Saturday, January 18, 2020

PH tidak faham-faham lagi

Hentikan sindrom penafian. Rakyat seakan jelas menolak PH - menjadikan PH benar-benar seakan kerajaan sepenggal. Tun Mahathir - tidak lagi diterima, masa dia sudah berlalu. Komen Tun M dalam www.malaysiakini.com "Pengundi Kinamis belum rasa kebaikan kerajaan PH" benar-benar menyarankan ketidaktahuan Perdana Menteri keadaan dan sentimen bawahan yang ada.



Jelas - TunM gagal dan PH akan terserap dalam kegagalan itu. Agenda Reformasi jelas gagal kerana REFORMASI sendiri adalah perkataan yang digeruni oleh TunM. Jelas PH dibawah Tun M hanya berasaskan politik kepentingan sendiri. Sehingga hari ini bermacam-macam masalah kepimpinan timbul dalam PH. 

PH kena sedar kepimpinan mereka yang ditolak oleh rakyat - kepimpinan mereka yang hanya mencari populariti dalam kerajaan, mereka yang gagal berinteraksi dan memahami kehendak rakyat. Jelas PH yang mahukan konsep inklusif dengan rakyat menjadi eksklusif dan jarak dengan rakyat. Sikap kesombongan mula bertapak dan sikap-sikap menjadi pemerintah dari jadi memimpin mula menonjol kalangan PH.

Hampir semua PRK yang dilalui oleh  PH tewas tetapi masih menolak kesedaran yang ada. Menafikan kegagalan akan menjadikan PH ditolak dan hampir jelas 

Apa yang pasti bagi KAMI adalah Tun M perlu meletak jawatan segera untuk memastikan PH terus relevan. Agenda benar REFORMASI perlu diperhalusi dan dilaksanakan setepat mungkin. Setakat hari ini - PH dalam kancah penolakan oleh rakyat. 




Friday, January 17, 2020

Mahathir - dari Anwar baik Azmin



Pengesahan wajah Azmin dalam video tidak dapat dinafikan lagi

Ini sebenarnya pengiraan Tun Mahathir dalam menentukan siapa PM ke 8. Pembebasan Azmin dalam isu video lucah jelas menunjukkan bahawa sistem perundangan kita masa sama – tertakluk kepada kuasa politik. Di bawah Mahathir tidak akan ada Malaysia Baru kecuali Malaysia Mahathir dengan cengkaman berterusan ke atas sistem perundangan dan semua agensi penguat kuasa termasuk polis.

Amat sedih bila perjuangan reformasi tergadai dengan kehadiran MAHAZALIM Tun Mahahtir Mohamed dan penggadaian ini sebenarnya jelas mengkhianati perjuangan Reformasi. Kita bercerita mengenai perubahan dalam negara, sistem pentadbiran, ketelusan dan kesusilaan yang baik dalam kerajaan dan tidak pengaruh politik serta kepentingan politik dalam mentadbir negara.

Kes Azmin Ali adalah contoh paling nyata sistem perundangan di bawah Mahathir dan Peguam Negara Tommy Thomas sedang bercanda dengan kepentingan politik. Kuasa yang ada menentukan skema politik kehendak mereka. Polis juga terperangkap dengan memastikan agenda politik tercapai.
Kes Azmin Ali adalah kes nyata yang tidak diambil tindakan dengan wajar. Jelas ruangan jenayah ini tidak diambil sebagai satu jenayah tetapi diambil lewa – kelewatan dan tindakan yang mudah yang diambil oleh Polis. Kalau bukan Azmin dan kalau bukan Azmin orang sokongan Mahathir pasti lebih buruk tindakan diambil. Ingat kes Anwar Ibrahim dan Azizan Abu Bakar.

Semua rakyat Malaysia khususnya mereka yang pernah bergelumang dengan perjuangan REFORMASI pasti tahu dan pasti sedar. Kita pasti lihat Mahathir masih kekal Mahathir yang sama sewaktu kita menentang beliau. Kita patut hairan kenapa ada antara mereka dalam PKR kekal menjilat Mahathir dan lebih buruk menggadai makna sejati REFORMASI. 

Kita seharusnya berbalik kepada apa yang diperjuangkan – REFORMASI dan mereka yang jelas dan khusus bersama Mahathir perlu ditolak. Kita harus memastikan – Mahathir yang selama ini kita tentang terus ditentang dan perlu jelas bencana yang dibawa oleh Mahathir terhadap Malaysia dan Melayu khususnya. Kita perlu bertindak.

Bagi Mahathir, dari Anwar Ibrahim jadi PM 8 baiklah Azmin kerana Azmin masih boleh dikawal oleh Mahathir.

Tuesday, January 7, 2020

Sedarlah Melayu 2


Sedarlah Melayu

Siri 2


Jom Kita dengar apa kata Tunku Abdul Rahman - Al Fatihah mengenai Tun M
 
Apa lagi yang Mahathir mahu ialah sokongan untuk dia kekal menjadi PM sehingga  kerabat atau kronis dia mengambil alih menjadi PM. Anwar Ibrahim adalah musuh dia dan sehingga kini dimusuhi dan tidak pernah ada terlintas untuk memberi Anwar Ibrahim ruang dan peluang untuk menjadi PM.
Namun dalam keadaan PH – kuat dengan PKR dan DAP, Mahathir mula mahu mencari ruangan dalam apa yang dikatakan Melayu, mahu kembali meraih sokongan dari Melayu dan mula akan bangkit kononnya anti DAP dan Ultra Melayu.
Pembohong ! Mahathir akan menggunakan isu Melayu bila ada kepentingan untuk dia. Menggunakan isu kononnya menyelamatkan Malaysia dengan keterpaksaan menyebelahi DAP. Semua ini adalah untuk menyelamatkan diri sendiri.

Melayu secara total termasuk dalam PH kena menolak Tun M dari terus memperalatkan isu Melayu untuk politik sendiri. Melayu kena mula bersatu atas 1 matlamat dahului, menyelamatkan Melayu dari Mahathir. Hari ini Mahathir sedang cuba untuk mengaitkan BERSATU dan UMNO sebagai ada keperluan untuk bergabung atas isu bangsa dan Melayu.

BOHONG ! Mahathir mahu kukuhkan kedudukan beliau yang sekarang semakin buruk. Kedudukan sempit dia, berperang dengan Anwar Ibrahim serta tidak berbaik dengan DAP, parti siput seperti BERSATU tidak ada makna besar dalam politik.
Melayu jangan tertipu dengan kononnya mahu memberikan Mahathir satu penggal untuk mengukuhkan ekonomi dan menyiapkan pentadbiran yang lebih telus. Ini tidak akan berlaku selagi Tun M memerintah. Tun M sanggup membunuh UMNO demi kuasa dan sanggup menjilat DAP untuk tujuan yang sama.

Kepimpinan UMNO – cukup-cukup lah panjat pejabat Tun M untuk menyelamatkan diri kerana kelak kamu juga akan diperhamba oleh Tun M. Kami tidak faham kenapa ada kepimpinan UMNO masih mahu berurusan dengan Mahathir untuk kononnya memastikan penyatuan Melayu tercapai. Melayu Jangan PERCAYA!

Monday, January 6, 2020

Sedarlah Melayu


Sedarlah Melayu.

Siri 1 

(sebarkan kerana KAMI mahu legasi Tun M dihapuskan segera, blog ini bersama Twitter MahazalimReturn akan mula membongkar satu-satu apa yang berlaku dalam kerajaan pimpinan Mahathir hari ini)


Kami terpaksa menghidupkan blog ini untuk terus menekan agar Mahathir Mohamed diasak agar bukan sahaja turun jadi menjadi PM malah menjadikan itu prioriti nombor 1, kita rakyat Malaysia khususnya Melayu. Kita perlu memastikan agar terbongkar “siapa Mahathir” sebenarnya dan apa yang telah dilakukan dalam politik negara kita – semata-mata untuk terus berkuasa.
Kami lahir pada zaman menentang Tun M, zaman membongkar kezaliman Tun M dan mendedahkan korupsi, kronisme dan nepotisme perlakuan beliau. Kami menentang dalam keadaan UMNO dan Barisan Nasional menyanjung beliau – dalam keadaan kerajaan menjadikan Tun M sebagai negarawan. Semua itu hari ini jelas – Mahathir bukan pejuang Melayu, Mahathir bukan negarawan malah Mahathir adalah pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa dan menipu rakyat Malaysia. 

Tidak ada bekas kepimpinan utama negara yang memberi perakuan baik mengenai Tun Mahathir malah hari ini seluruh warga UMNO yang ahli berjuta-juta sedar bahawa mereka telah ditipu dan Melayu telah dijadikan alasan untuk Tun M berkuasa.

Sedarlah Melayu,

Tun M hari ini akan terus melalak mengenai perpaduan Melayu, terus menjerit-jerit untuk menjadi kononnya menjadi Ultra Melayu tetapi sebenarnya mahu terus menggenggam kuasa sehingga pengganti beliau – keluarga dan kerabat beliau berjaya meneruskan kuasa yang ada hari ini. Tun M sekarang tertekan – sehingga sanggup melacurkan agenda Melayu, menjual hak Melayu kerana terus mahukan kuasa. Kita patut sedar sekarang, Tun M melacurkan diri untuk kuasa, bila sanggup menjilat Anwar Ibrahim – hadir ke mahkamah atas alasan mahu menyelamatkan Malaysia – Malaysia Baru tetapi pokoknya hanya mahu kuasa. Hari ini Tun M sedar kuasanya tidak menyeluruh kerana kekuatan parti pimpinannya lemah dan dia terpaksa melacurkan diri pada DAP antara pemegang kerusi yang banyak dalam Pakatan Harapan. Kelemahan ini ditambah dengan persengketaan Tun M dan dendam tidak habis-habis pada Anwar Ibrahim.

Sedarlah Melayu,


Lupakan sementara siapa yang bakal menjadi PM ke 8, sama ada ia Anwar, Zahid Hamidi, Najib sekali pun atau nama baru seperti Ismail Sabri  atau Tok Mat NS biarlah diketepikan dahulu. Kita pastikan Tun M ini dibongkar, keluarga dia disiasat dan legasi yang diciptanya sendiri, yang dipalsukan di tamatkan.

Kita harus berani melabel semula Tun M sebagai pengkhianat bangsa – memusnahkan negara. Kami akan terus menulis dan membongkar apa yang berlaku sekarang – khususnya bila Tun M dalam mahu memegang kuasa – tunduk pada desakan politik DAP khususnya.

Monday, August 5, 2019

Sudah sampai masa untuk kita sedarkan

"Seluruh Rakyat Malaysia"

INILAH MUSUH MELAYU DAN MUSUH NO 1 MALAYSIA

SUDAHLA MAHATHIR

Monday, June 18, 2018

Selamat Hari Raya

Salam kepada semua,

KAMI dari MahazalimReturn mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengikuti KAMI khususnya melalui Tweeter KAMI. Sepanjang HARI RAYA pertama sehingga ketiga - KAMI mengikuti banyak perkara yang perlu KAMI sampaikan kepada BAPA REFORMASI - Sdra Anwar Ibrahim. KAMI percaya dengan kehadiran KAMI yang tidak mempunyai NAMA, menunjukkan bahawa perjuangan KAMI bukan untuk mengejar jawatan dalam POLITIK.

KAMI mempunyai satu matlamat – menyedarkan kita pejuang REFORMASI menuntut semua bentuk KEADILAN terlaksana. KAMI juga menuntut bahawa PERDANA MENTERI yang ada hari ini menyerahkan JAWATAN itu kepada Sdra Anwar Ibrahim.
KAMI berikrar bahawa selagi Anwar Ibrahim belum menjadi PM ke 8 dan selagi yang telah melakukan segala bentuk kezaliman ke atas pejuang REFORMASI – ke atas RAKYAT maka selagi itu KEADILAN dituntut.

Rakan REFORMASI, kami percaya dan KAMI telah diyakinkan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan dibenarkan oleh Mahathir untuk menjawat jawatan PM dalam masa yang terdekat. Dalam pada itu Mahathir aka Mahazalim akan memastikan BERSATU akan mengambil alih PKR dengan sogokkan sokongan yang dilakukan.

Anwar Ibrahim memang boleh memaafkan Mahathir tetapi KAMI akan terus menuntut atas kapasiti KAMI sebagai rakyat Malaysia yang tidak mahu Malaysia ini di MALAYSIAN MAHATHIR.

KAMI akan menuntut Mahathir turut diheret untuk disiasat selama kita percaya kesalahan dan kezaliman yang dilakukan kepada Anwar Ibrahim dan rakyat pejuang REFORMASI.

KAMI percaya sokongan untuk sokongan semakin besar yang melibatkan kepimpinan PKR sekali. Sekiranya ini diditangani segera MAKA selagi itulah perjuangan REFORMASI tidak selesai.

Rakan Reformasi

Kita dengan rapat-rapat apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim – perjuangan REFORMASI masih perlu disuburkan dan diperjuangkan.

KAMI berjuang habis-habisan 

Wednesday, June 13, 2018

Anwar Ibrahim semakin dilanyak Mahathir




 

Sokongan ke atas Anwar Ibrahim untuk menjadi PM dalam masa terdekat semakin meleset. Kepimpinan yang telah diberi tempat oleh Mahathir semakin menolak Anwar Ibrahim. Mereka sudah hanyut berjawatan – memburu jawatan dan bakal menjadi kepimpinan Kabinet akan semakin selesa menjadikan apa yang diperjuangkan oleh beliau dan Reformasi adalah isu lama. Memang lama kerana mereka sebelum ini TIDAK ada dalam memperjuangkan dengan BERANI menentang Mahathir dalam gerakan Reformasi atau hanya hadir untuk mencari tempat. 

Lagi lama semakin lagi hilang Anwar Ibrahim.  Jangan Biarkan Mahathir menggila dengan kuasa yang ada dan bakal diperolehi.